Sunday, 21 August 2011

Kebimbangan rakyat – di manakah silapnya????? Bahagian 2

Dalam dok tengok kejadian nie.. aku punya pendapat perbuatan ini seakan-akan dirancang.. (dok selalu tengok cerita CSI). Ada bagus jugak cerita nie, kita boleh membuat analisis sendiri dan tindakan mencegah boleh diambil sebelum berlaku.. tapi apa2 hal pun kena minta dengan Allah jugak la.. kita nie insane yang lemah…
Ada kemungkinan perkara ini dirancang untuk menimbulkan kekacauan di dalam Negara kita.. Kalu kita dok perhatikan sekeliling Negara kita, aku rasa Malaysia je lah yang masih selamat..
Thailand x habis-habis dengan puak pemisah di Selatan Thailand. Utara pulak parti Komunis dok nak masuk kerajaan.. Tengah-tengah aku tengok parti politik masih kucar kacir.. Baju merah dengan Baju kuning.
Filipina pulak dengan Kumpulan Bersenjata Abu Sayyaf.. Seorang demo seorang tubusan diculik.. Minta wang tebusan…
Indonesia pulak… baru je lepas dengan ‘Ganyang Malaysia’. Singapura tengah tengah dok pertingkatkan aset ketenteraan.. baru-baru nie aku dengar beli lagi sebiji kapal LST pengangkut besar jugak la..
Kita beli kapal selam, terus ada isu, beli apa2 pun lah ada isu…
Pada analisis aku yang x seberapa genius nie.. aku rasa mcm ada perancangan nak buat Negara ni kacau bilau..
Ini mungkin dilakukan oleh pihak ketiga.. Tengah politik Negara sekarang kucar kacir.. mesti ada orang ketiga yang akan masuk campur untuk kepentingan mereka sendiri jugak..
Mungkin mereka berkepentingan kepada mana2 parti politik.. Jika salah sebuah parti yang disokong tu memerintah, maka secara automatiknya mereka akan mendapat kepentingan bersama.. This all about money… money.. mcm dalam citer Hindustan jugak la..
Tapi aku sendiri pun pasti sebab banyak kemungkinan dan tujuan simbah asid nie berlaku… tapi yang pastinya polis tengah buat sesuatu..
Dan kita sebagai rakyat, jgn lah pulak memandang polis tu semuanya makan rasuah atau anjing kerajaan..  x semua polis tu jahat.. ada jugak yang baik.. dalam setandang pisang pun x semuanya elokkan.. sama lah juga manusia.. Marilah kita sama-sama mencari penyelesaian kepada kejadian yang berlaku supaya keselamatan keluarga kita berada dalam keadaan yang selamat.
aku nak bagi satu ayat yang boleh dikongsi bersama.. Kau orang bacalah ayat ke 9 Surah Yassin.. amalkan setiap kali hendak keluar rumah atau ke mana-mana, InsyaAllah Allah SWT pasti akan menjaga keselamatan kita..amin… dibawah nie aku paparkan gambar2 mangsa asid dari pelbagai sumber untuk sama-sama kita tatapi dan berdoa supaya anak dan keluarga kita dilindungi dan marilah bersama-sama kita membanteras jenayah ini.
pesanan..
Komen pembaca dan pendapat diterima untuk kebaikan bersama..

No comments:

Post a Comment