Setelah lama menyepi, tergerak dek hati yang dalam ini untuk menulis luahan dan pendapat di atas kejadian yg berlaku kerana bimbang akan keselamatan keluarga…… takut perkara yang sama terjadi kepada keluarga yang terdekat.Kejadian menyimbah asid ini telah lama berlaku di seluruh dunia dan sekarang makin menjadi-jadi pulak di sekitar ibu kota Malaysia. Kini aku merasakan keselamatan penghuni di kota penuh dengan kebimbangan..
Manakan tidak, nak keluar rumah pun dah jadi mcm Special Branch (SB). Tengok keadaan keliling baru keluar.. Nampak je motor terus nak take cover…. nak sama mcm perang tanpa musuh plak… Bini keluar gi kerja pun rasa x tenang.. tapi kalu x kerja nak beli rokok pun susah.. zaman sekarang laki bini kena kerja… kalu x.. errmmm x dapat la nak beli baju raya.. raya pun dah dekat… nak diluah mati mak, ditelan mati bapak bak kata pepatah la..
kejadian terbaru …. dengan tiada motif dan tujuan SI BEDEBAH ni dah simbah asid kat adik Mohd Rafie Abdul Latif, 27. Kesian aku tengok dia.. dalam puasa mcm nie pun masih ada syaitan yang mendiami manusia….. atau sebaliknya aku pun x tahu la. Kalu dapat la mamat ni aku rasa lunyai dikerjakan abang rafie tu.. mana tidaknya.. aku dengar abg dia seorang tentera pangkat mejar… sekali dikerah 2 trak datang belasah mamat nie..
No comments:
Post a Comment