Tuesday, 23 August 2011

KAWASAN SPEED TRAP MALAYSIA
















Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Berhati-hatilah dijalan raya.. ingatlah orang yang tersayang..

Dah Nak Balik Raya Dah Pun




Tanggal 1 Syawal dah x lama lg nak menjelma. Dah terfikir dalam fikiran aku mengenai jalam jem nak balik kg nie..
Ramai yang dah membuat persiapan untuk balik kg mengikut nujum jalan masing2 punyer nujum la.. Tapi nak ingatkan la kat semua.. Jangan baca surat khabar cina tengah jalan.. biarlah baca kat umah. Dah mcm2 kemalangan yang aku lihat sepanjang perayaaan ni. Al-maklumlah semua nak cepat sampai.

Tol pun aku dengar ada turun sikit. Ok lah tu, tapi keselamtan keluarga lah yang paling utama. Aku pesan kat family aku jugak, keselamatan yang paling penting masa nak balik raya nie. Planning biar mantop baru perjalanan smooth je..
Kereta mesti kena servis. Nak balik raya nie.. jalan confirm la jem. Kalu kereta manual, jalan corner2 memang sedap. Tapi kalu bab jalan jem rasa nak menangis je dalam kereta.
Semoga semua perjalanan untuk semua perantau dan keluarga dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.

Sunday, 21 August 2011

Kebimbangan rakyat – di manakah silapnya????? Bahagian 2

Dalam dok tengok kejadian nie.. aku punya pendapat perbuatan ini seakan-akan dirancang.. (dok selalu tengok cerita CSI). Ada bagus jugak cerita nie, kita boleh membuat analisis sendiri dan tindakan mencegah boleh diambil sebelum berlaku.. tapi apa2 hal pun kena minta dengan Allah jugak la.. kita nie insane yang lemah…
Ada kemungkinan perkara ini dirancang untuk menimbulkan kekacauan di dalam Negara kita.. Kalu kita dok perhatikan sekeliling Negara kita, aku rasa Malaysia je lah yang masih selamat..
Thailand x habis-habis dengan puak pemisah di Selatan Thailand. Utara pulak parti Komunis dok nak masuk kerajaan.. Tengah-tengah aku tengok parti politik masih kucar kacir.. Baju merah dengan Baju kuning.
Filipina pulak dengan Kumpulan Bersenjata Abu Sayyaf.. Seorang demo seorang tubusan diculik.. Minta wang tebusan…
Indonesia pulak… baru je lepas dengan ‘Ganyang Malaysia’. Singapura tengah tengah dok pertingkatkan aset ketenteraan.. baru-baru nie aku dengar beli lagi sebiji kapal LST pengangkut besar jugak la..
Kita beli kapal selam, terus ada isu, beli apa2 pun lah ada isu…
Pada analisis aku yang x seberapa genius nie.. aku rasa mcm ada perancangan nak buat Negara ni kacau bilau..
Ini mungkin dilakukan oleh pihak ketiga.. Tengah politik Negara sekarang kucar kacir.. mesti ada orang ketiga yang akan masuk campur untuk kepentingan mereka sendiri jugak..
Mungkin mereka berkepentingan kepada mana2 parti politik.. Jika salah sebuah parti yang disokong tu memerintah, maka secara automatiknya mereka akan mendapat kepentingan bersama.. This all about money… money.. mcm dalam citer Hindustan jugak la..
Tapi aku sendiri pun pasti sebab banyak kemungkinan dan tujuan simbah asid nie berlaku… tapi yang pastinya polis tengah buat sesuatu..
Dan kita sebagai rakyat, jgn lah pulak memandang polis tu semuanya makan rasuah atau anjing kerajaan..  x semua polis tu jahat.. ada jugak yang baik.. dalam setandang pisang pun x semuanya elokkan.. sama lah juga manusia.. Marilah kita sama-sama mencari penyelesaian kepada kejadian yang berlaku supaya keselamatan keluarga kita berada dalam keadaan yang selamat.
aku nak bagi satu ayat yang boleh dikongsi bersama.. Kau orang bacalah ayat ke 9 Surah Yassin.. amalkan setiap kali hendak keluar rumah atau ke mana-mana, InsyaAllah Allah SWT pasti akan menjaga keselamatan kita..amin… dibawah nie aku paparkan gambar2 mangsa asid dari pelbagai sumber untuk sama-sama kita tatapi dan berdoa supaya anak dan keluarga kita dilindungi dan marilah bersama-sama kita membanteras jenayah ini.
pesanan..
Komen pembaca dan pendapat diterima untuk kebaikan bersama..

Saturday, 20 August 2011

Kebimbangan rakyat – di manakah silapnya?????


Setelah lama menyepi, tergerak dek hati yang dalam ini untuk menulis luahan dan pendapat di atas kejadian yg berlaku kerana bimbang akan keselamatan keluarga…… takut perkara yang sama terjadi kepada keluarga yang terdekat.
Kejadian menyimbah asid ini telah lama berlaku di seluruh dunia dan sekarang makin menjadi-jadi pulak di sekitar ibu kota Malaysia. Kini aku merasakan keselamatan penghuni di kota penuh dengan kebimbangan..
Manakan tidak, nak keluar rumah pun dah jadi mcm Special Branch (SB). Tengok keadaan keliling baru keluar.. Nampak je motor terus nak take cover…. nak sama mcm perang tanpa musuh plak…  Bini keluar gi kerja pun rasa x tenang.. tapi kalu x kerja nak beli rokok pun susah.. zaman sekarang laki bini kena kerja… kalu x.. errmmm x dapat la nak beli baju raya.. raya pun dah dekat… nak diluah mati mak, ditelan mati bapak bak kata pepatah la..

kejadian terbaru …. dengan tiada motif dan tujuan SI BEDEBAH ni dah simbah asid kat adik Mohd Rafie Abdul Latif, 27. Kesian aku tengok dia.. dalam puasa mcm nie pun masih ada syaitan yang mendiami manusia….. atau sebaliknya aku pun x tahu la. Kalu dapat la mamat ni aku rasa lunyai dikerjakan abang rafie tu.. mana tidaknya.. aku dengar abg dia seorang tentera pangkat mejar… sekali dikerah 2 trak datang belasah mamat nie..

Saturday, 25 June 2011

permulaan

sudah sekian lama aku memerhati keadaan politik dan ekonomi negara.. aku x mahir dalam perkara tu.. tapi hari makin hari membuatkan diriku terpanggil untuk meluahkan perasaan yang hanya blog sahaja yang mampu menyampaikan.. 
Bagai-bagai cerita sekarang.. x kira tv, suratkhabar dan majalah.. mcm2 memeningkan kepala..


cerita tv pun dah mcm2 sampai anak2 pun terikut dengan gaya masing.. x kena pelajaran lain pulak yang jadinya nanti kepada bangsa kita.. ke manakah kita sebenarnya..


asyik kejar dunia akhirat dilupakan.. teringat cerita2 dulu masa kecik2.. rasa seronok je, tapi bila dah besar ada tanggungjawab rasa nak jadi masa kecik2 je.. tapi masa x kan berundur.. nak tak nak kena hidup dan terus berjuang jugak lah..